Friday, April 12, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
      Setuju sebab bila dah jadi mama,mak,ummi,amma memang tetiba rasa diri jadi mcm superwoman.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
     Baby baru nak masuk 3bulan tapi siyesly memang dah rindu moment masa preggy dulu.Suka tgk picture² masa mengandung.Bestnya (terus mood rasa nak mengandung lagi datang..hihihihi)

3- Kita tidak lagi memerlukan jam Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
     Hahahahaha........tersangatla setuju.Memang anak kita yg selalu kejutkan diawal pagi

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
     Dah semestinya sebab skrg ni dah jadi mak so haruslah kita sayang mak kita berlebih-lebihan.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
     Itu dah semestinya.Memang kalau anak² sakit mama dia ni yg emotional skit padahal anak² steady je

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
Opsss!! hehehehe

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
     Kansss!! mau sentap mak kalau ada org cuba nak perlekehkan atau berlaku kasar dgn anak²

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
     Skrg ni selalu buat.Dukung dia then tunjuk depan cermin.Mama dia time nak bersiap je la br ada masa nak tgk cermin

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
     Sangat suka time anak dah poo poo.Dah tu plak boleh dok menghitung hari kalau time anak dah tak membuang banyak hari.Mama jadi risau

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
     YES,setiap tidur anak sangat bermakna buat mama.(boleh main kejar² dgn papa :p)

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
     Maaf ye boss.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
     Sayalah supermak sbb mama saja yg boleh tenteramkan anak mama.Anak nangis papa passing kat mama

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
     Tak sabaq nak tunggu time ni.Auwwww,sure sakit nanti

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
     Sebab tu rasa nak mengandung lagi (Jom papa)

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
     :)

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
     Wlaupun mandi hanya 5minit tapi memang sangat berharga sambil² liarkan kepala kluar bilik mandi dgr anak nangis tak

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
     Yg ni tak yah tunggu ada anak sebab mama memang peramah tak tentu hala

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
     Dulu FB,menonton TV,lepak dgn kawan²,shopping,gossip.Skrg 24/7 is yours

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
     Uishh,ini tak setuju ada plak anggap mcm org asing.Dari dalam perut lagi hari² asyik suruh dia kluar cepat.Mama+papa+kakak dah tak sabaq nak jumpa

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
     Yes,sebab hari² dapat tau yg my baby dah pandai buat itu,buat ini....SUPRISE!!


 



 




  







      

No comments:

Post a Comment