Monday, August 26, 2013

Nur Raudhah Al Jannah @ 7months & We Are Happy Family

Baru masuk 7 bulan dia dah pandai tepuk amai2....bila dah pandai tepuk amai2 mula la hari2 asyik buat yg tu ja.Sampaikan dalam tidur pun boleh buat mcm tu sbb keterujaan yg melampau.Anyway mama+papa happy bila anak dah pandai buat mcm2 aksi.

 






 




Tuesday, July 16, 2013

1st Solid Food @ 6month

Alhamdulillah dah 7hari kita umat Islam berpuasa. Tahun pengalaman berpuasa sebagai ibu yg menyusu.Tahun lepas sebagai ibu yang mengandung. Memang cabaran tu hanya Allah saja yg mengetahui. Last weekend aku memang dah start introduce 1st solid food for my baby Raudhah.Even anak ke2 tapi perasaan tu lain skit sebab dulu semuanya mak tolong buatkan.Tapi this time memang nak buat sendiri semuanya.So tengah fikir² apa yg sesuai utk diberikan utk first time at last pilih sweet potato je sebab yg tu yg senang cari.For sure I'm excited (excited kena la berbahasa inggeris kononnya). Mommies smua kena tahu sama ada anak² dah sedia untuk makan atau belum.Bukan bermaksud baby dah 6bulan kita boleh terus introduce makan (baru tau ja baru² ni..hehehe). Mommies smua kena rajin cari la ye. So for 1st time memang bagi dia makan 1 sudu je sehari sekali.Sweet potato puree mix dengan EBM. Mula² tu memang kena banyak sabar sebab baby kita tak pernah makan lagi kan.So dia akan menolak menggunakan lidah.Tapi hari ke 2 alhamdulillah belum lagi sudu sampai mulut dia dah buka mulut siap².Tumpuan memang 100% kat dia la kan sebab semua org nak tgk expression dia masa nak makan.Kena ikut rules 4days try and error. Setiap makanan yg nak bagi kena bagi 4hari berturut² then baru boleh tukar ke menu yang lain. Lepas ni mama makin sibuk la sebab semangat nak bagi anak mama makan.

Teruja tgk mangkuk ni terus beli



Sweet potato puree in the makin

Monday, May 13, 2013

Nur Raudhah Al Jannah at 4month

Phewww......cepatnya anak mama dah nak masuk 4bulan. Alhamdulillah setakat ni Raudhah adalah anak yg sangat baik. Mana pun bawa dia tak pernah menrengek atau pun buat perangai sampai ramai org memuji (mama kembang semangkuk jap). Sejak nak masuk 4bulan ni dia dah pandai capai mainan dia yg bergantungan...and what??? sabtu lepas (11/5/2013) dia dah pandai meniarap.Mmg sebelum ni ada cubaan utk dia meniarap tapi selalu tak berjaya.Tapi malam sabtu yang lepas masa kat rumah mak long tetiba dia berjaya dengan gigihnya meniarap sampai semua org jerit2 bagi sokongan.... I'm proud of you my princess...jom layan picture budak bucuk ni.

Ni mmg pose yg dia suka...suka buat buku lima + pipi yg tembam tu

 

 

 


 Copy paste muka papa dia... :(



Friday, April 12, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
      Setuju sebab bila dah jadi mama,mak,ummi,amma memang tetiba rasa diri jadi mcm superwoman.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
     Baby baru nak masuk 3bulan tapi siyesly memang dah rindu moment masa preggy dulu.Suka tgk picture² masa mengandung.Bestnya (terus mood rasa nak mengandung lagi datang..hihihihi)

3- Kita tidak lagi memerlukan jam Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
     Hahahahaha........tersangatla setuju.Memang anak kita yg selalu kejutkan diawal pagi

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
     Dah semestinya sebab skrg ni dah jadi mak so haruslah kita sayang mak kita berlebih-lebihan.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
     Itu dah semestinya.Memang kalau anak² sakit mama dia ni yg emotional skit padahal anak² steady je

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
Opsss!! hehehehe

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
     Kansss!! mau sentap mak kalau ada org cuba nak perlekehkan atau berlaku kasar dgn anak²

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
     Skrg ni selalu buat.Dukung dia then tunjuk depan cermin.Mama dia time nak bersiap je la br ada masa nak tgk cermin

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
     Sangat suka time anak dah poo poo.Dah tu plak boleh dok menghitung hari kalau time anak dah tak membuang banyak hari.Mama jadi risau

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
     YES,setiap tidur anak sangat bermakna buat mama.(boleh main kejar² dgn papa :p)

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
     Maaf ye boss.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
     Sayalah supermak sbb mama saja yg boleh tenteramkan anak mama.Anak nangis papa passing kat mama

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
     Tak sabaq nak tunggu time ni.Auwwww,sure sakit nanti

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
     Sebab tu rasa nak mengandung lagi (Jom papa)

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
     :)

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
     Wlaupun mandi hanya 5minit tapi memang sangat berharga sambil² liarkan kepala kluar bilik mandi dgr anak nangis tak

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
     Yg ni tak yah tunggu ada anak sebab mama memang peramah tak tentu hala

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
     Dulu FB,menonton TV,lepak dgn kawan²,shopping,gossip.Skrg 24/7 is yours

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
     Uishh,ini tak setuju ada plak anggap mcm org asing.Dari dalam perut lagi hari² asyik suruh dia kluar cepat.Mama+papa+kakak dah tak sabaq nak jumpa

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
     Yes,sebab hari² dapat tau yg my baby dah pandai buat itu,buat ini....SUPRISE!!


 



 




  







      

Monday, April 1, 2013

HIDUP!!

Ha tengok tajuk hari ni HIDUP. Lately ni banyak dengar cerita kawan² yg melalui dugaan hidup yg kadang² buatkan diorg gembira dan ada juga yang sedih. Nama pun manusia dah semestinya kita akan selalu diuji dengan berbagai² dugaan dan ujian.Itu maksudnya Tuhan sayangkan kita.En husband selalu cakap kalau Tuhan tak sayang kita DIA tak bagi ujian dah tentu kita lupa pada DIA. En husband ada cerita pasal kisah Nabi Ayub yg diberikan ujian yang tersangat hebat.Walaupun dilimpahi harta kekayaan dan taat kepada Allah beliau masih lagi diuji. Inikan pula kita yang hari² bergelumang dengan dosa.Nasihat yang akan selalu orang berikan SABAR.Tapi selama manakah kita mampu bersabar andai tiada tindakan dari diri kita sendiri.
     Kadang² kita mesti terpikiaq yang kehidupan orang lain lebih baik dari kita.Tapi sebenarnya kita lupa yang nasib orang lain yang mungkin lebih buruk dari kita.Aku percaya setiap dugaan dan ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya.Allah tidak akan menguji umatnya diluar batas kemampuan seseorang.Cari hikmah yang tersembunyi.Kita percaya pada takdir tapi jangan kita persalahkan takdir kerna SATU kesedihan akan dibalas dengan SEPULUH kegembiraan kelak.Termasukla diri aku ni pun pernah lalui ujian yang besar dan hari² yang dilalui sekarang dikira ujian.Walaupun akan ada orang yang kata "aku yang memilih jalan ini jadi terimalah segalanya".Satu peringatan pada orang yang selalu menghakimi orang lain.Andai anda tidak melalui apa yang orang lain lalui jangan mudah menjatuhkan hukuman.Hidup aku sekarang ni berpegang pada moto "Berhenti buat apa yang orang ramai suka tapi Allah tak suka.Buat apa yang orang ramai tak suka tapi Allah suka".Uish...melalut plak.So,percayalah segala ujian pasti ada jalan penyelesaian.Jangan kita lari dari masalah sebab malasah tu tetap tak kan selesai.Beri semangat dan sokongan pada mereka.Jangan kita jadi BATU API plak kan sebab kadang² ada juga orang yang suka ambik kesempatan diatas kesusahan orang lain.Menokok tambah lagi segala masalah yang ada.Berbuat baiklah sesama kita nescaya orang juga akan buat baik pada kita.

Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”
Surah al-Baqarah ayat 115


Friday, March 15, 2013

Penyusuan Eksklusif Susu Ibu

Salam Jumaat to my reader..ahaks ada ka reader yg nak baca blog aku ni(hmmmm). Hari ni dah seminggu mula kerja dan dah ada jadual mengepam setiap 3jam. Kali ni memang dah tekad nak fully breastfeeding sampai 2tahun for my baby.Dulu masa 1st pregnancy ilmu penyusuan memang sangat cetek.Tak pernah nak ambik tau pasal penyusuan ni even susu memang banyak utk si kakak tapi disebabkan salah sendiri so terpaksa bagi susu formula dari umur 2 bulan.Sekarang ni bila dah tau segala kebaikan dan dapat sokongan dari encik suami bertambah² semangat.Seawal mengandung dah mula baca,google dan tanya kawan² yg pernah breastfeed ni.Rupanya tak susah mana pun bila dah lalui sekarang.Tambahan pula kat ofis ni mmg disediakan mother's room utk kita pam dan simpan EBM.Siap ada komuti lagi.Alhamdulillah setakat ni dimurahkan rezeki dengan limpahan susu yang mencukupi utk si manja tersayang. So nasihat utk mommies to be rajin² lah membaca dan bertanya untuk menjayakan penyusuan eksklusif utk anak anda.Sebab tu dalam Al-Quran pun ada nyatakan pasal penyusuan susu ibu :-


Ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah, ayat 233).
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
 
Hasil mengepam utk 2 sesi
 
 

Tuesday, March 12, 2013

My New Born Baby : Nur Raudhah Al Jannah Bt Zulfadli

Assalamuallaikum, hari kedua bekerja setelah 2 bulan bercuti bersalin.15 Januari 2013, 4.45am, 3.3kg menjadi kenangan yg terindah buat kami suami isteri.Bila diingat balik hari² terakhir menunggu saat kelahiran memang sangat mendebarkan.Sebenarnya takda rasa sakit sangat pun masa hari kena admit kat hospital.Masalahnya dah confius sama ada memang dah sampai masa atau tak sebab baby kali ni suka main² sakitnya.Kejap datang kejap hilang.Dah jadi takut coz masa 36minggu dah pernah kena admit for early delivery tapi rupanya false alarm.Anyway dapat merasa sakit melahirkan was an owesome feeling.Menahan setiap kesakitan masa tu sebenarnya adalah nikmat.Dalam kesakitan tapi masih boleh gembira sebab tahu nanti boleh tengok baby.Dah rindu bau baby,nak gomoi² baby,nak main² dgn baby.Alhamdulillah sepanjang melalui proses bersalin suami setia disisi melihat segala kesakitan isteri demi melahirkan zuriatnya.Segala penantian kami berakhir bila dapat menatap bidadari kecil yang diberi nama NUR RAUDHAH AL JANNAH BT ZULFADLI.Semoga menjadi anak yg solehah dan secantik namamu sayang.Jom tengok picture buah hati saya.....

Day 1 - Fresh from oven :)



Day 2 - Alahai sepetnya anak mama

Day 22 - Dah botak

Day 37 - Muka copy paste mcm papa

Day 47 - Bambam nya anak mama

Day 48 - Jalan2 rumah mak long





Comey tak saya :)