Tuesday, March 27, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Tetiba teringat pada seorang sahabat? kawan? ntah la nak klasifikasi kan dia ni dlm golongan apa. Wlaupun dia kata aku ni kawan makan kawan tapi pernahkah dia tgk pada cermin? Apa yg dia nampak? Diri dia sendiri kan!!! hehehe so layakkah dia nak jatuhkan aku hukuman.FYI (siap boldkan lagi) if tak tahu hujung pangkal jadilah pendengar yg setia.Kalau tak boleh jadi garam yg menahan daging dari berbau jangan pulak jadi lalat yg membusukkan daging. Sebelum kita nak hukum or nak kata pada seseorang tu ketahui kebenarannya dulu.Biarlah sbb manusia ni ada pilihan sama ada nak jadi yg baik atau yg buruk.Pilihan hidup pada diri masing². 1 hari apabila dia tahu akan kebenaran ni aku pasti dia pasti akan tertunduk malu. Hidup di dunia pun hanya sementara buat apa susah² nak kumpul saham neraka, lebih baik kumpul saham utk akhirat.Yg halal slalu dikeji dan dihina walhal yg haram itulah disanjung melangit. Syukur ditemukan dgn insan yg betul² menyayangi diri ini.... (kau ada??) hehehehe.......... janji aku hidup bahagia disamping keluarga tersayang.

My Niece Engagement

Last week sangat la tension dan stress. Mula² cakap ok nak buat 25/3/2012 lepas tu tak jadi pulak. Lepas tu call cakap jadi pulak....poning eden mcm ni...anyway. Maybe korang tak tau yg aku ni buat part time jadi mak andam utk bride to be :) .Kali ni aku la kan yg kena make up kan niece aku ni.....layan je la pic ye (dah la jadi mak andam, kena plak jadi photographer yg tk bertauliah ni)...malas nak taip banyak² ..........















Wednesday, March 21, 2012

TWINS aka KEMBAR

Wah lately ni mmg mengidam nak baby twins.Mana² saja yg aku pi sure akan jumpa dgn kembar.Dalam pada tu juga tetiba jadi rajin membaca segala bahan-bahan bacaan nak dapat anak kembar.Mcm² petua ada.Tapi apaapa pun yg penting banyakkan berdoa pada Tuhan.Kalau tak dapat kembar pun tak mengapa sbb semua rezeki yg Allah nak bagi pada kita. Tapi kalau dapat kembar kiranya mcm package la kan.....


Comel kan kembar dua ni.Hari² gambar ni lah yg ditatap

Tuesday, March 6, 2012

Bila Diri Disayangi

      Alhamdulillah, tahun 2012 banyak memberi aku erti hidup sebagai manusia yg selalu diuji.Sekurang-kurangnya membuatkan aku ingat pada Nya. Yang paling bermakna bila dapat menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai manusia dibumi Allah ini disamping orang yang amat menyayangi dan menyintai diri aku.Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui.Segala kesakitan sebelum ini telah berbayar dengan kehadiran insan yg betul² memberi makna dlm hidup ini. Terima kasih sayang sudi menyayangi diri ini tanpa jemu selama berbelas-belas tahun.Sudi menerima diri ini walaupun aku bukan insan sempurna.Sudi menerima diri ini dengan seadanya.Biar apa tanggapan manusia kerana hanya kita tahu apa yg kita mahukan dan segala yg tertulis sudah tersurat.Orang lain tak akan ucapkan terima kasih atas pengorbanan kita.Segala susah senang hanya kita yang lalui dan rasai.Org lain hanya pandai berkata² dan menjatuhkan hukuman wlaupun sebenarnya mereka tidak layak.Ketahuilah wahai manusia² diluar sana.Sesungguhnya aku amat bahagia.......tiada siapa dapat nafikan segala kebenaran.Berpegang pada pepatah.... "Tak hidup dek puji , tak mati dek keji".




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja