Monday, December 3, 2012

Happy 1st Anniversary

3 Dec 2012 - Genap setahun perkahwinan. Terima kasih buat insan yg bergelar suami pada diriku diatas segala kasih sayang,cinta, kesabaran,kepayahan,susah senang,cabaran,cemuhan,penghinaan dan segala-galanya yg telah kita tempuh dengan penuh kesabaran.Tahun pertama terlalu manis utk disimpan sbgai kenangan sbb org slalu cakap tahun pertama mmg semuanya indah.Tapi Ayang percaya yg kita mampu utk mengecapi saat2 manis tu setiap hari dan setiap tahun dgn kehadiran puteri/putera sulong kita (mungkin Januari 2013 atau awal dari tu). Pedulikan segala kata-kata manusia yg tidak pernah tahu akan kebenaran.Janji hanya Allah lebih mengetahui hakikat sebenar hidup kita. Sesungguhnya ujian yg diberikan mampu untuk kita hadapi bersama.Setiap kali mengigatkan cinta Abang yg tak pernah kurang sejak dari dulu (14tahun) buatkan Ayang sentiasa tabah dan kuat melalui hari-hari mendatang. Doa Ayang semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa dan dikelilingi anak-anak yg soleh dan solehah untuk mendoakan kita kelak. I will always love you Sayang....









Wednesday, November 21, 2012

12 Panduan Atasi Masalah Tidur Bagi Ibu Mengandung

Lama menyepi bukan bermaksud hilang tapi sebab penat menguruskan mcm2 benda. Dgn new business dan tgh sarat mengadung (32weeks and 5days pregnancy). Tajuk kat atas pun dah tahukan.Kebanyakan ibu mengansung sure akan alaminya....bacala ye utk pengetahuan kita...


Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur/speaker pillow yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.

Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
 Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
 Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
 Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
 Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
 Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
 Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
 Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
 Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
 Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
 Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
 Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
 Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Friday, October 5, 2012

My 3rd Trimester

Oh my,Oh my...... dah 26weeks my pregnancy. Last trimester sebelum menyambut kelahiran org baru yg bakal menyerikan lagi keluarga bahagia kami. Bila dah masuk 3rd trimester ni biasanya mengalami sindrom cepat letih. Jalan pun tak boleh jauh²,cepat². Berdiri pun tak boleh lama². Tapi rasa semua tu hilang saat bila en suami ada untuk tolong picitkan sendi² yg lenguh,picit kaki sebabt tu saya sayang,sayang,sayang sangat pada en suami. Alhamdulillah, nama untuk baby pun dah dapat. Pandai sungguh papa dia dah plan awal² nak letak nama apa. Just cari dalam arab dah dapat. Lepas tu confirmkan pula dgn ustaz sama ada boleh tak letakkan sebegitu untuk nama anak. Alhamdulillah sekali lagi. Boleh.... apa lagi. Hari² la asyik panggil dgn nama dia sambil usap² perut. Si kakak pun ikut sama buat macam tu.... Semoga dipermudahkan segalanya² dari proses kelahiran hingga proses membersarkan. Amin

Monday, August 27, 2012

Syawal 1433Hijrah

Hari ni dah mula bekerja....meh layan gambar2 time raya hari tu.Dah upload kat Fb tapi sbb tak tau nak tulis apa jom layan gambar


Maaf zahir & batin, halalkan makan dan minum 




Ciuman penuh kasih sayang dr suami..terharu


Picture ni ikutkan bertiga...hehehe..baby dlm perut 19weeks

2 insan paling indah dlm hidup ini...I love them so much

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433Hijrah

Assalamuallaikum, hari ni dah masuk hari ke 4 Syawal. Dah terpaksa memulakan tugas utk sehari je lepas tu sambung cuti lagi sampai weekends. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada salah silap atau terkasar bahasa dan penulisan.Semoga Syawal ini memberi 1001 makna buat anda sekeluarga.


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433H

20 Julai 2012 bersamaan 30 Syabaan 1433Hijrah. Bermaksud esok bermulanya 1 Ramadhan 1433H, alhamdulillah masih dapat menyambut ramadhan lagi utk tahun ni. Malam ni jangan pula dilupa utk mengerjakan solat sunat terawih semua asyik sibuk nak prepare utk berpuasa ja esok.Tahun ni beraya sebagai isteri org sudah...ditambah pula berbadan dua. Terima kasih ya Allah sebab masih diberi kesempatan merasai semua ini. Sempena ramadhan ni penulis blog yg cun melecun dan berseri² sebab ibu mengandungkan org kata berseri...(perasan jap) ingin memohon maaf andai ada salah silap dari segi perbuatan atau juga penulisa. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Friday, July 13, 2012

Cuti-cuti Malaysia ~ Hadyai, Thailand

Sebenarnya dah terperuk lama dah dlm draft citer ni.Hari ni bila ada kelapangan tetiba rasa rajin la pulak nak update blog.Check² balik ada lagi entry yg tk publish.Walaupun dah basi tapi tetap nak share juga. Holiday ni masa bulan March hari tu.Al maklumlah tak pernah pergi jalan² sejauh ni. Bila dapat buku merah terus teruja nak pergi bercuti + pre honeymoon with en husband...Sepatutnya 3 hari je pegi sana tapi disebabkan ke b*d*h pihak travel agent kami merempat di negara org....sedih gila time tu bila tk dapat balik.Dah la rushing tunggu van utk pick up masa nak balik.Tunggu punya tunggu smpai 4jam bayang pun tak muncul. Handphone tak berfungsi.Dah la no phone no semuanya asyik cari nama (mesti semua org mcm tu skrg ni) melalui handphone dah tentu lah tak ingat + call Malaysia punya la mahal (seminit RM3). Tension!!! tapi disebabkan ada en husband terus hilang segala kemarahan.... layan gambar je la

Pandangan bandar Hadyai

Muka fresh gila sbb baru sampai     




Udang besar ni mmg byk jual kat sana.Harga 200bath = RM20 seekor.Gila mahal!

Gerai yg ada tanda HALAL je boleh makan...take note ye :)

En husband yg excited naik tut tut...tgk dia punya senyum..hehe





Ice Dome Hadyai... langkah kanan sungguh

Perasan jadi mcm model jap...

Okay masa utk pulang...dah² cukup smpai sini ye

Banyak lagi picture tapi tk nak la nanti korang semua rasa nak muntah tgk gambar aku yang gila berposing...that why aku memonopoli semua picture diatas...en husband sebagai cameraman.... kalau siapa yg dok kepo² tgk picture² ni jgn makan hati okay...cause I know akan ada org yg suka intai² pasai aku (rasa mcm retis la plak...)

Friday, July 6, 2012

Hati Berbunga² Riang - 4th Baby Scan

Hari ni checkup for 4 month. Alhamdulillah semuanya sihat. Baby plak membesar dengan sihat dan jayanya. Last month check up cuma nampak kecik je tp dah nampak jantung berdenyut. Tak sangka hari ni scan dah nampak kepala,tangan dan kaki. Masa doctor scan plak boleh nampak baby tengah menendang². Papa senyum ja tgk anak dia yg noty dlm perut mummy. Semoga semuanya sihat dan selamat sehingga 9bulan 10hari. Bila tgk scan mula la rasa tak sabar nak timang baby.....dipermudahkan dan dilindugi Allah selalu. Amin



Wednesday, June 20, 2012

Almost 3 month Pregnancy

Lamanya tak update blog.Sorrylah sebab ibu mengandung ni mengalami alahan yang sangat teruk.Kerja pun kadang² pi kerja kadang² tu terbaring kat rumah.Pening,muntah dan letih semua ada.Nasib baik ada suami yang memahami.Banyak membantu menguruskan segala-galanya.Terima kasih sayang.Demi anak kita...hehehe. Alhamdulillah sekarang ni dah nak masuk 2ns trimester segala alahan tu dah berkurangan.Tapi lepas ni sure sibuk sikit sebab dah mula jadi wedding planner my new business.Semoga dimurahkan rezeki for our new baby.Sekarang ni sibuk survey² barangan baby. Semuanya memerlukan duit so kenalah buat perancangan awal supaya tak over spend dan beli barang² yang tak diperlukan....

Wednesday, May 30, 2012

Make Up Sanding - Suraya

Ahad yang lepas dapat satu lagi job make up di Baling. Suraya pernah dah di make up kan oleh aku masa kenduri bersanding di pihak perempuan.So untuk pihak lelaki sekali lagi dia berikan kepercayaan utk mencantikkan dia....


Tuesday, May 8, 2012

Terima Kasih Tuhan - I'm pregnant

6 Mei 2012 - Alhamdulillah, akhirnya doa telah dimakbulkan oleh Nya. Syukur sangat² sebab masih diberi kesempatan untuk merasainya kali ke 2. First time was 5 years ago. Untuk 2nd pregnancy memang sangat² mengujakan sebab ini hadiah paling bermakna utk birthday yg ke 27thn lagi 4 hari. At first macam tak percaya bila buat test sendiri then 2 line come out. Oh!! adakah ini mimpi...cuba ingat balik mmg aku di alam realiti. Happy sesangat sampai mengalirkan air mata. Wlaupun en suami tiada disisi kerana menunaikan umrah. Tapi berkat doa dia di sana kami mendapat hadiah yg tak ternilai ini. Memang tak expect this soon sebab baru stop my OCP (Oral Conception Pills) selalunya lepas 3 or 6 bulan baru boleh lekat. Tapi alhamdulillah.... tiada yang mustahil "Kun Fa Ya Kun".Bila kita selalu berdoa dan mengadu kepada Nya.Kita akan selalu berasa dekat.So, bila dah tau memang positive pregnant (4weeks)cepat² sepantas kilat message to en suami. At first dia mcm tak percaya. Tapi bila diyakinkan....dia mmg bersyukur sangat². Terus teruja nak balik Malaysia... dijangka maybe 12 Mei baru sampai Malaysia.Saat-saat mcm ni memang terus teringat pada en suami. Kalau dia ada masa buat test ni sure akan dapat hadiah pelukan dari insan bernama suami. I miss him so much. Apa-apa pun yang penting kesihatan kami berdua (mama+baby) yg perlu diutamakan.Harap this 2nd pregnancy tak da alahan² yg teruk mcm sebelum ni. This time nak rasa jadi pregnant women with 100%. Dah start minum susu Anmum Materna....mcm² nak buat this time. Semoga dipermudahkan Allah. Terima kasih pada semua yg selalu mendoakan.Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menganiaya umatnya.



Make Up Sanding - Kepala Batas

Last weekend ada satu lagi job utk make up penganting di Kepala Batas. This time pergi sorang² dan sangat terer nya sebab dapat cari rumah pengantin wlaupun 2 kali tersesat..haahahha.... terima kasih kepada Nurfarhana kerana kepercayaan yang telah diberikan....


Thursday, May 3, 2012

Kenduri Di Baling & Me as Mak Andam

1 Mei hari tu sememangnya semua orang cuti umum sempena Hari Pekerja. Disebabkan akulah bos akulah pekerja so memang tkda cutilah kan . Mula² Sue ni dah booked aku untuk tarikh 30 April & 1 Mei tapi disebabkan hal² yang tak dapat dielakkan.Aku cuma boleh make up kan dia untuk majlis bersanding dia. Sorry Sue.... layan je la picture dia ye..Jangan lupa follow blog ni sz inspirasi impian . Alhamdulillah, impian nak jadi sebagai wedding planner berjaya juga. Nantikan hasil dari SZII.

 


 
Biasalah kalau tak posing sama dgn pengantin tak sah


Wednesday, May 2, 2012

Kerinduan Ini

2 Mei - Hari ni dah masuk 6 hari ketiadaan suami di sisi. Rindu pada suami tak perlulah nak dihuraikan sebab hati seorang ister yg benar² menyintai suami dia pasti akan tahu mcm mana. Di tambah pula apabila si suami sgt² menyintai si isteri ( selama 13thn dipendam perasaan cinta itu). Sebelum ni dia memang akan update segala aktiviti sepanjang kat sana. Tapi semalam dah bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah selama 8 hari. Tersentuh hati ini saat suami memohon maaf, air mata tetiba turun dgn lajunya. Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan selama di Tanah Suci. Ya Allah, lindungilah dan permudahkanlah segala ibadah suamiku di sana. Saat dia mengatakan bahawa aku isteri yg amat disenangi di mata dia....bertambah sedih lagi. Terima kasih juga sebab jadi seorang suami yg bertanggungjawab dan sangat penyayang. Kasih sayangmu tiada penganti dengan mana² lelaki lain. En suami awaklah anugerah yang terindah dalam hidup saya.....semoga kebahagiaan ini terus subur dan disirami dengan penuh kasih sayang... I LOVE YOU & MISS YOU .....


Salam dari Malaysia,
Dari isteri tersayang....

Friday, April 27, 2012

Gonna Miss Him A Lot!!

Hari ni my sayang dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kalinya. Seawal pukul 6am naik flight transit kat KL. Tiba² flight sana delay pula sampai pukul 4.30pm. Takpe dugaan.... janji selamat sampai sudah.Ni kiranya 1st time berjauhan paling lama dgn my sayang.Oh rindunya (wlaupun sebenarnya hari² kami rindu).Mula-mula tak nak sedih tapi mata yg sepet ni tak pandai menipu. Bila salam cium tangan minta ampun dan maaf,halalkan makan minum terus dgn laju air mata ni turun. Kan dah ckp mmg tak pandai menipu pun.Bukan senang nak ke Tanah Suci, even duit banyak pun kalau serunya tak datang tak jadi juga.Happy for you sayang. Wlaupun kali ni birthday Ayg abg takda utk sambut bersama tp ni lah hadiah yg paling bermakna buat Ayg sbb abg janji nak doakan Ayg dari sana. Semoga Ayg jadi isteri yg solehah,ibu yang penyayang utk anak² kita.Kasih sayang abg terlalu banyak sampai Ayg rasa terlalu bahagia (harap kebahagiaan ini berterusan).Walaupun apa pandangan masyarakat pada kita yg penting pandangan Allah yg utama.Tgh tulis entry ni pun air mata dah bergenang.Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana.Terima kasih juga sbb smalam nyanyi lagu birthday in advance....touching gila time abg nyanyi tu (wlaupun pitching ke laut) hehehehe....


Tuesday, April 24, 2012

Mekah Al-Mukaramah

Sob....sob.... (happy pun ada juga) lagi 1 hari je lagi my hubby nak menunaikan umrah. Alhamdulillah, rezeki dia utk sampai ke sana dulu. Niat untuk pergi Mekah memang ada tapi mungkin belum sampai waktunya lagi. Dah pula sekarang ni nak start dengan business lagi. Semakin sibuk la nampaknya. Semoga selamat pergi dan kembali Sayang. Jangan lupa doakan kebahagiaan kita kekal buat selamanya bersama anak² yang comel (blushing). Nanti nak start menabung untuk menunaikan haji sebab skrg ni kerajaan dah bagi buat keluaran untuk haji dari EPF.

Subhanallah....

Thursday, April 19, 2012

Happy Birthday Buat Suami Tercinta

19 April , 10.40am - Dilahirkanlah seorang insan yg kini bertakhta dihati.... Selamat Hari Lahir Sayang. Yesterday night we have fun together for both of us... Maaf dipinta sebab buat suprise sampai Abg sakit kepala memikirkan...but??? pandai tak ayg berlakon.Doa semoga panjang umur,murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. Nothing much to share because let it be our secret together. As long as we know that we happy with our current life and enjoy all the time together.


~Thanks for being there for me when I am down and when I need someone everytime~

Tuesday, April 17, 2012

Happy 5th Birthday to Little Princess

17 April 2012 , 11.06am - Genap sudah usia anak mama yg ke 5 tahun. Cepat benar masa berlalu sbb masih terasa mcm mana kepayahan masa mengandungkan kakak(nama yg dibahasakan pada dia). Saat disahkan mengandung dan sampai ke usia 2bulan semuanya berjalan dgn lancar. Tapi memasuki bulan ke 2 mama alami "treatened abortion". Tiba² pukul 5pagi mama tumpah darah. Keadaan panik wlaupun bekerja kat medical company tapi bila jadi kat diri sendiri tak tau nak buat apa.Call nurse yg on duty then advise utk pi hospital (padahal bkn tak tau kena pi hospital).Sah² la kan kena tahan wad dlm 3hari mcm tu. Masa 1st check tu mmg berdebar² sbb nak tgk scan jantung masih berdenyut tak (cuak gila time ni). Alhamdulillah, kandungan tak apa² tapi terpaksa ditahan diwad buat sementara waktu for further check up. Lepas keluar wad mama kena lebih hati² sebab takut kalau lakukan pergerakan yg extreme nanti apa² jadi pada kakak. Doktor siap bg takut lagi ckp "Puan dibenarkan balik tp kena hati², kalau² nampak kepala baby kluar terus dtg hospital" ada ka patut ckp mcm tu. Lagi la takut.......Masa awal trimester memang mama mengalami alahan yg teruk sesangat. Makan je muntah smpai perut tak boleh terima apa² langsung. Esoknya pagi nak pergi keja terus pengsan (hahaha...lawak betui aku time ni). Demi anak mama biar sesusah mana pun akan mama tempuh. Dipendekkan cerita sepanjang mengandungkan kakak hospital tu mmg rumah ke 2... hehehe..sampai doktor ckp dlm nada gurauan "Lepas ni you masuk lagi I nak tgk you beranak saja". Mama start sakit hari Isnin (16 april) pkl 6am. Bila check baru je buka 1cm. Tapi disebabkan 1st baby dan excited sgt dah kelam kabut suruh bawa brg² baby smua ke wad. Tunggu dan tunggu pkl 5pm, masih lagi 1cm. Tunggu lagi pkl 9mlm masih lagi 1cm. Time tu sakit dah makin kerap sampai nak jalan pun tak boleh. Last sekali nurse bagi ubat tahan sakit sempat la terlelap utk setengah jam sebab mmg dah tak tidur seharian. Bangun tidur tu tiba² tgk dah ada tanda turun (darah). Lebih kurang pukul 5pagi.Bila check lagi bukaan dah 5cm. Nurse dah tolak masuk labour room. Time ni berbunga² dah sbb igt dah boleh beranak (al maklumlah 1st time baby). Rupanya sangkaan mama silap lagi. Masuk dlm labour room kena tunggu bukaan smpai 8cm. Tapi time ni mmg dah tak boleh tahan.Perasaan dia mcm org yg dah sakit perut seminggu tak membuang dan tetiba dah rasa dihujung² tapi disuruh tahan. Disuruh mengiring dan tahan....huhuhu. Sakitnya bukan kepalang. Bilik yg berhawa dingin dah rasa mcm sauna. At last doktor pun dtg dan check lagi. Air ketuban tak pecah then dia pecahkan. Mmg dapat rasa mcm air kluar dan suam² mcm tu. tapi still belum fully buka 8cm. Mama dah tk boleh tahan sampai terpeluk nurse yg jaga time tu. Akhirnya masa utk meneran dah sampai. Yg bestnya ramai nurse juga lebih kurang 4,5 org dah jadi mcm pompom girl plak sorak suruh push...push. Setelah melakukan 3 kali percubaan akhirnya terasa meluncur dgn lajunya.Segala kesakitan yg dirasai sebelum bersalin tiba² hilang serta merta. Itulah kuasa Tuhan. If diberi pilihan bersalin secara normal atau pun operation lebih memilih secara normal sebab sakitnya sekejap saja. Nurse pun meletakkan my new born baby atas dada.Tiba-tiba mengalir air mata kegembiraan tanpa disedari.Yg bestmya baby lain kluar nangis dulu tp kakak bersin dulu....hehehe....kenangan manis buat mama. Semoga kakak hargai segala pengorbanan dan susah payah mama membesarkan kakak.Jadilah anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. I Love You .... Siti Nur Erriesya Azizly


Sayang anak mama

Monday, April 16, 2012

Segalanya Hanyalah Pinjaman

"Seseorang yg ada dalam hidup kita hanya milik Allah. Kita cuma pinjam tapi segalanya Allah yg punya. Jadi bila semua ini Allah yg punya,maka DIA berhak buat segala sesuatu. DIA berhak beri cinta & kasih sayang, DIA juga berhak tarik balik semua itu. Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita dan apa yg dirasa aib & menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Selalu ingat bahawa apa yg Allah buat untuk kita adalah yg terbaik  untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha. Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin , kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita"


Thursday, April 12, 2012

Mana Nak Cari Buku Mcm ni!!

Tengah sibuk² baca blog org tetiba terbaca pasal buku ni plak.Oh!!! haruslah jatuh hati sbb buku ni mcm menarik + kenangan ketika mengandung nanti.Kalau sesiapa yg tahu kat mana nak dapatkan buku ni pls share with me....proses sudah bermula.Mood ibu² mengandung juga telah bermula...tik tok tik tok....hehehe

 
Slalunya diari catatan harian.Ni khusus time pregnant

 Tak sabar nak tulis dalam buku mcm ni nanti...


Tuesday, March 27, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Tetiba teringat pada seorang sahabat? kawan? ntah la nak klasifikasi kan dia ni dlm golongan apa. Wlaupun dia kata aku ni kawan makan kawan tapi pernahkah dia tgk pada cermin? Apa yg dia nampak? Diri dia sendiri kan!!! hehehe so layakkah dia nak jatuhkan aku hukuman.FYI (siap boldkan lagi) if tak tahu hujung pangkal jadilah pendengar yg setia.Kalau tak boleh jadi garam yg menahan daging dari berbau jangan pulak jadi lalat yg membusukkan daging. Sebelum kita nak hukum or nak kata pada seseorang tu ketahui kebenarannya dulu.Biarlah sbb manusia ni ada pilihan sama ada nak jadi yg baik atau yg buruk.Pilihan hidup pada diri masing². 1 hari apabila dia tahu akan kebenaran ni aku pasti dia pasti akan tertunduk malu. Hidup di dunia pun hanya sementara buat apa susah² nak kumpul saham neraka, lebih baik kumpul saham utk akhirat.Yg halal slalu dikeji dan dihina walhal yg haram itulah disanjung melangit. Syukur ditemukan dgn insan yg betul² menyayangi diri ini.... (kau ada??) hehehehe.......... janji aku hidup bahagia disamping keluarga tersayang.

My Niece Engagement

Last week sangat la tension dan stress. Mula² cakap ok nak buat 25/3/2012 lepas tu tak jadi pulak. Lepas tu call cakap jadi pulak....poning eden mcm ni...anyway. Maybe korang tak tau yg aku ni buat part time jadi mak andam utk bride to be :) .Kali ni aku la kan yg kena make up kan niece aku ni.....layan je la pic ye (dah la jadi mak andam, kena plak jadi photographer yg tk bertauliah ni)...malas nak taip banyak² ..........















Wednesday, March 21, 2012

TWINS aka KEMBAR

Wah lately ni mmg mengidam nak baby twins.Mana² saja yg aku pi sure akan jumpa dgn kembar.Dalam pada tu juga tetiba jadi rajin membaca segala bahan-bahan bacaan nak dapat anak kembar.Mcm² petua ada.Tapi apaapa pun yg penting banyakkan berdoa pada Tuhan.Kalau tak dapat kembar pun tak mengapa sbb semua rezeki yg Allah nak bagi pada kita. Tapi kalau dapat kembar kiranya mcm package la kan.....


Comel kan kembar dua ni.Hari² gambar ni lah yg ditatap

Tuesday, March 6, 2012

Bila Diri Disayangi

      Alhamdulillah, tahun 2012 banyak memberi aku erti hidup sebagai manusia yg selalu diuji.Sekurang-kurangnya membuatkan aku ingat pada Nya. Yang paling bermakna bila dapat menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai manusia dibumi Allah ini disamping orang yang amat menyayangi dan menyintai diri aku.Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui.Segala kesakitan sebelum ini telah berbayar dengan kehadiran insan yg betul² memberi makna dlm hidup ini. Terima kasih sayang sudi menyayangi diri ini tanpa jemu selama berbelas-belas tahun.Sudi menerima diri ini walaupun aku bukan insan sempurna.Sudi menerima diri ini dengan seadanya.Biar apa tanggapan manusia kerana hanya kita tahu apa yg kita mahukan dan segala yg tertulis sudah tersurat.Orang lain tak akan ucapkan terima kasih atas pengorbanan kita.Segala susah senang hanya kita yang lalui dan rasai.Org lain hanya pandai berkata² dan menjatuhkan hukuman wlaupun sebenarnya mereka tidak layak.Ketahuilah wahai manusia² diluar sana.Sesungguhnya aku amat bahagia.......tiada siapa dapat nafikan segala kebenaran.Berpegang pada pepatah.... "Tak hidup dek puji , tak mati dek keji".




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja