Friday, April 12, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
      Setuju sebab bila dah jadi mama,mak,ummi,amma memang tetiba rasa diri jadi mcm superwoman.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
     Baby baru nak masuk 3bulan tapi siyesly memang dah rindu moment masa preggy dulu.Suka tgk picture² masa mengandung.Bestnya (terus mood rasa nak mengandung lagi datang..hihihihi)

3- Kita tidak lagi memerlukan jam Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
     Hahahahaha........tersangatla setuju.Memang anak kita yg selalu kejutkan diawal pagi

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
     Dah semestinya sebab skrg ni dah jadi mak so haruslah kita sayang mak kita berlebih-lebihan.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
     Itu dah semestinya.Memang kalau anak² sakit mama dia ni yg emotional skit padahal anak² steady je

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
Opsss!! hehehehe

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
     Kansss!! mau sentap mak kalau ada org cuba nak perlekehkan atau berlaku kasar dgn anak²

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
     Skrg ni selalu buat.Dukung dia then tunjuk depan cermin.Mama dia time nak bersiap je la br ada masa nak tgk cermin

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
     Sangat suka time anak dah poo poo.Dah tu plak boleh dok menghitung hari kalau time anak dah tak membuang banyak hari.Mama jadi risau

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
     YES,setiap tidur anak sangat bermakna buat mama.(boleh main kejar² dgn papa :p)

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
     Maaf ye boss.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
     Sayalah supermak sbb mama saja yg boleh tenteramkan anak mama.Anak nangis papa passing kat mama

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
     Tak sabaq nak tunggu time ni.Auwwww,sure sakit nanti

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
     Sebab tu rasa nak mengandung lagi (Jom papa)

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
     :)

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
     Wlaupun mandi hanya 5minit tapi memang sangat berharga sambil² liarkan kepala kluar bilik mandi dgr anak nangis tak

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
     Yg ni tak yah tunggu ada anak sebab mama memang peramah tak tentu hala

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
     Dulu FB,menonton TV,lepak dgn kawan²,shopping,gossip.Skrg 24/7 is yours

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
     Uishh,ini tak setuju ada plak anggap mcm org asing.Dari dalam perut lagi hari² asyik suruh dia kluar cepat.Mama+papa+kakak dah tak sabaq nak jumpa

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
     Yes,sebab hari² dapat tau yg my baby dah pandai buat itu,buat ini....SUPRISE!!


 



 




  







      

Monday, April 1, 2013

HIDUP!!

Ha tengok tajuk hari ni HIDUP. Lately ni banyak dengar cerita kawan² yg melalui dugaan hidup yg kadang² buatkan diorg gembira dan ada juga yang sedih. Nama pun manusia dah semestinya kita akan selalu diuji dengan berbagai² dugaan dan ujian.Itu maksudnya Tuhan sayangkan kita.En husband selalu cakap kalau Tuhan tak sayang kita DIA tak bagi ujian dah tentu kita lupa pada DIA. En husband ada cerita pasal kisah Nabi Ayub yg diberikan ujian yang tersangat hebat.Walaupun dilimpahi harta kekayaan dan taat kepada Allah beliau masih lagi diuji. Inikan pula kita yang hari² bergelumang dengan dosa.Nasihat yang akan selalu orang berikan SABAR.Tapi selama manakah kita mampu bersabar andai tiada tindakan dari diri kita sendiri.
     Kadang² kita mesti terpikiaq yang kehidupan orang lain lebih baik dari kita.Tapi sebenarnya kita lupa yang nasib orang lain yang mungkin lebih buruk dari kita.Aku percaya setiap dugaan dan ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya.Allah tidak akan menguji umatnya diluar batas kemampuan seseorang.Cari hikmah yang tersembunyi.Kita percaya pada takdir tapi jangan kita persalahkan takdir kerna SATU kesedihan akan dibalas dengan SEPULUH kegembiraan kelak.Termasukla diri aku ni pun pernah lalui ujian yang besar dan hari² yang dilalui sekarang dikira ujian.Walaupun akan ada orang yang kata "aku yang memilih jalan ini jadi terimalah segalanya".Satu peringatan pada orang yang selalu menghakimi orang lain.Andai anda tidak melalui apa yang orang lain lalui jangan mudah menjatuhkan hukuman.Hidup aku sekarang ni berpegang pada moto "Berhenti buat apa yang orang ramai suka tapi Allah tak suka.Buat apa yang orang ramai tak suka tapi Allah suka".Uish...melalut plak.So,percayalah segala ujian pasti ada jalan penyelesaian.Jangan kita lari dari masalah sebab malasah tu tetap tak kan selesai.Beri semangat dan sokongan pada mereka.Jangan kita jadi BATU API plak kan sebab kadang² ada juga orang yang suka ambik kesempatan diatas kesusahan orang lain.Menokok tambah lagi segala masalah yang ada.Berbuat baiklah sesama kita nescaya orang juga akan buat baik pada kita.

Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”
Surah al-Baqarah ayat 115