Friday, April 27, 2012

Gonna Miss Him A Lot!!

Hari ni my sayang dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kalinya. Seawal pukul 6am naik flight transit kat KL. Tiba² flight sana delay pula sampai pukul 4.30pm. Takpe dugaan.... janji selamat sampai sudah.Ni kiranya 1st time berjauhan paling lama dgn my sayang.Oh rindunya (wlaupun sebenarnya hari² kami rindu).Mula-mula tak nak sedih tapi mata yg sepet ni tak pandai menipu. Bila salam cium tangan minta ampun dan maaf,halalkan makan minum terus dgn laju air mata ni turun. Kan dah ckp mmg tak pandai menipu pun.Bukan senang nak ke Tanah Suci, even duit banyak pun kalau serunya tak datang tak jadi juga.Happy for you sayang. Wlaupun kali ni birthday Ayg abg takda utk sambut bersama tp ni lah hadiah yg paling bermakna buat Ayg sbb abg janji nak doakan Ayg dari sana. Semoga Ayg jadi isteri yg solehah,ibu yang penyayang utk anak² kita.Kasih sayang abg terlalu banyak sampai Ayg rasa terlalu bahagia (harap kebahagiaan ini berterusan).Walaupun apa pandangan masyarakat pada kita yg penting pandangan Allah yg utama.Tgh tulis entry ni pun air mata dah bergenang.Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana.Terima kasih juga sbb smalam nyanyi lagu birthday in advance....touching gila time abg nyanyi tu (wlaupun pitching ke laut) hehehehe....


Tuesday, April 24, 2012

Mekah Al-Mukaramah

Sob....sob.... (happy pun ada juga) lagi 1 hari je lagi my hubby nak menunaikan umrah. Alhamdulillah, rezeki dia utk sampai ke sana dulu. Niat untuk pergi Mekah memang ada tapi mungkin belum sampai waktunya lagi. Dah pula sekarang ni nak start dengan business lagi. Semakin sibuk la nampaknya. Semoga selamat pergi dan kembali Sayang. Jangan lupa doakan kebahagiaan kita kekal buat selamanya bersama anak² yang comel (blushing). Nanti nak start menabung untuk menunaikan haji sebab skrg ni kerajaan dah bagi buat keluaran untuk haji dari EPF.

Subhanallah....

Thursday, April 19, 2012

Happy Birthday Buat Suami Tercinta

19 April , 10.40am - Dilahirkanlah seorang insan yg kini bertakhta dihati.... Selamat Hari Lahir Sayang. Yesterday night we have fun together for both of us... Maaf dipinta sebab buat suprise sampai Abg sakit kepala memikirkan...but??? pandai tak ayg berlakon.Doa semoga panjang umur,murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. Nothing much to share because let it be our secret together. As long as we know that we happy with our current life and enjoy all the time together.


~Thanks for being there for me when I am down and when I need someone everytime~

Tuesday, April 17, 2012

Happy 5th Birthday to Little Princess

17 April 2012 , 11.06am - Genap sudah usia anak mama yg ke 5 tahun. Cepat benar masa berlalu sbb masih terasa mcm mana kepayahan masa mengandungkan kakak(nama yg dibahasakan pada dia). Saat disahkan mengandung dan sampai ke usia 2bulan semuanya berjalan dgn lancar. Tapi memasuki bulan ke 2 mama alami "treatened abortion". Tiba² pukul 5pagi mama tumpah darah. Keadaan panik wlaupun bekerja kat medical company tapi bila jadi kat diri sendiri tak tau nak buat apa.Call nurse yg on duty then advise utk pi hospital (padahal bkn tak tau kena pi hospital).Sah² la kan kena tahan wad dlm 3hari mcm tu. Masa 1st check tu mmg berdebar² sbb nak tgk scan jantung masih berdenyut tak (cuak gila time ni). Alhamdulillah, kandungan tak apa² tapi terpaksa ditahan diwad buat sementara waktu for further check up. Lepas keluar wad mama kena lebih hati² sebab takut kalau lakukan pergerakan yg extreme nanti apa² jadi pada kakak. Doktor siap bg takut lagi ckp "Puan dibenarkan balik tp kena hati², kalau² nampak kepala baby kluar terus dtg hospital" ada ka patut ckp mcm tu. Lagi la takut.......Masa awal trimester memang mama mengalami alahan yg teruk sesangat. Makan je muntah smpai perut tak boleh terima apa² langsung. Esoknya pagi nak pergi keja terus pengsan (hahaha...lawak betui aku time ni). Demi anak mama biar sesusah mana pun akan mama tempuh. Dipendekkan cerita sepanjang mengandungkan kakak hospital tu mmg rumah ke 2... hehehe..sampai doktor ckp dlm nada gurauan "Lepas ni you masuk lagi I nak tgk you beranak saja". Mama start sakit hari Isnin (16 april) pkl 6am. Bila check baru je buka 1cm. Tapi disebabkan 1st baby dan excited sgt dah kelam kabut suruh bawa brg² baby smua ke wad. Tunggu dan tunggu pkl 5pm, masih lagi 1cm. Tunggu lagi pkl 9mlm masih lagi 1cm. Time tu sakit dah makin kerap sampai nak jalan pun tak boleh. Last sekali nurse bagi ubat tahan sakit sempat la terlelap utk setengah jam sebab mmg dah tak tidur seharian. Bangun tidur tu tiba² tgk dah ada tanda turun (darah). Lebih kurang pukul 5pagi.Bila check lagi bukaan dah 5cm. Nurse dah tolak masuk labour room. Time ni berbunga² dah sbb igt dah boleh beranak (al maklumlah 1st time baby). Rupanya sangkaan mama silap lagi. Masuk dlm labour room kena tunggu bukaan smpai 8cm. Tapi time ni mmg dah tak boleh tahan.Perasaan dia mcm org yg dah sakit perut seminggu tak membuang dan tetiba dah rasa dihujung² tapi disuruh tahan. Disuruh mengiring dan tahan....huhuhu. Sakitnya bukan kepalang. Bilik yg berhawa dingin dah rasa mcm sauna. At last doktor pun dtg dan check lagi. Air ketuban tak pecah then dia pecahkan. Mmg dapat rasa mcm air kluar dan suam² mcm tu. tapi still belum fully buka 8cm. Mama dah tk boleh tahan sampai terpeluk nurse yg jaga time tu. Akhirnya masa utk meneran dah sampai. Yg bestnya ramai nurse juga lebih kurang 4,5 org dah jadi mcm pompom girl plak sorak suruh push...push. Setelah melakukan 3 kali percubaan akhirnya terasa meluncur dgn lajunya.Segala kesakitan yg dirasai sebelum bersalin tiba² hilang serta merta. Itulah kuasa Tuhan. If diberi pilihan bersalin secara normal atau pun operation lebih memilih secara normal sebab sakitnya sekejap saja. Nurse pun meletakkan my new born baby atas dada.Tiba-tiba mengalir air mata kegembiraan tanpa disedari.Yg bestmya baby lain kluar nangis dulu tp kakak bersin dulu....hehehe....kenangan manis buat mama. Semoga kakak hargai segala pengorbanan dan susah payah mama membesarkan kakak.Jadilah anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. I Love You .... Siti Nur Erriesya Azizly


Sayang anak mama

Monday, April 16, 2012

Segalanya Hanyalah Pinjaman

"Seseorang yg ada dalam hidup kita hanya milik Allah. Kita cuma pinjam tapi segalanya Allah yg punya. Jadi bila semua ini Allah yg punya,maka DIA berhak buat segala sesuatu. DIA berhak beri cinta & kasih sayang, DIA juga berhak tarik balik semua itu. Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita dan apa yg dirasa aib & menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Selalu ingat bahawa apa yg Allah buat untuk kita adalah yg terbaik  untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha. Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin , kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita"


Thursday, April 12, 2012

Mana Nak Cari Buku Mcm ni!!

Tengah sibuk² baca blog org tetiba terbaca pasal buku ni plak.Oh!!! haruslah jatuh hati sbb buku ni mcm menarik + kenangan ketika mengandung nanti.Kalau sesiapa yg tahu kat mana nak dapatkan buku ni pls share with me....proses sudah bermula.Mood ibu² mengandung juga telah bermula...tik tok tik tok....hehehe

 
Slalunya diari catatan harian.Ni khusus time pregnant

 Tak sabar nak tulis dalam buku mcm ni nanti...