Monday, November 29, 2010

Cervical Cancer / Kanser Pangkal Rahim

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang ke-2 paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genitals wart). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.
Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksual termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.
Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.
Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.
‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan pap smear sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian Pap Smear setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

                                             Gambar hiasan barah pangkal rahim

Soalan-soalan lazim :-
1. Adakah pelalian ini selamat bagi wanita yg hamil ?
Kajian telah menunjukkan bahawa tiada sebarang risiko yang mengaitkan pemberian pelalian ini semasa mengandung. Walaubagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga pemberian vaksin HPV tidak digal...akkan semasa seseorang itu hamil

2. Siapakah yg tidak boleh menerima pelalian ini?
olongan berikut tidak boleh menerima pelalian ini iaitu:-
- Individu yang telah disahkan mempunyai tindakbalas anafilaktik terhadap dos yang sebelumnya.
- Individu yang disahkan mempunyai tindakbalas anafilatik terhadap mana-mana komponen bahagian vaksin

3. Tahukah anda bagaimana pelalian ini diberi?
Pelalian ini akan diberi secara suntikan di bahagian atas lengan. Sejumlah 3 dos suntikan akan diberi dalam tempoh jangkamasa 6 bulan meng...ikut jadual yang ditetapkan. Jika jadual pelalian ini terganggu, dos yang tinggal boleh diberi secepat mungkin tanpa perlu mengulangi suntikan dos yang telah diberi. 

P/S : Suntikan ini diberi percuma kepada mereka yang berusia 13 tahun di bawah Program Pelalian HPV Kebangsaan. Bagi mereka yang berusia 14 tahun ke atas boleh mendapatkan suntikan di klinik-klinik dan hospital swasta yang menawarkannya sahaja serta dikenakan bayaran.



Friday, November 26, 2010

Suprise Birthday Celebration For My Brother!!

Assalamuaallaikum, dipagi Jumaat yg sungguh indah ni (wah2 mentang2 berbaju kurung hari ni).Hmmm.....lama tk update blog sbb kemalasan yg amat sgt melanda diri ku kini. Ok,berbalik pada title kat atas tu kan. Esok (27th Nov) sebenarnya birthday my eldest brother. So,plan nak buat kejutan ni mmg dah ada kat dlm kepala otak ni sebulan yg lalu. Tp last2 minit baru confirm semua plan dgn member2 pakatan. Disebabkan esok my bro ada hal so tk bleh la nak buat suprise on the actually day. Kami pun buat la pre birthday (awal sehari dr tarikh sebenar). Seperti yg dirancangkan tonite aku ,Sue dan Fiza serta bantuan dari penyelamat2 yg lain (Zola,Mamat,Rahim dan ramai lg lah.Klau nak senarai takut tk cukup kot). Tk sure sama ada my bro terkezut ke tk. Sama2 kita nantikan malam ni. Anyway....aku nak jadi org pertama yg wish for my brother "Happy Birthday yg ke -100 thn...hahaha" umur makin meningkat bila lagi nak kawin ni. Ingat ikatan kita sebagai adik beradik tk kan putus sampai ke hujung dunia.

Tuesday, November 16, 2010

Fasha Sandha & Holloween Party!!!

Tetiba hangat plak rasa hari ni.Aku punya dok terbaca banyak sangat komen pasal si Fasha ni sambut holloween party. Nak la juga tgk apa yg dasyat sgt smpai org dok maki hamun dia ni. Aku suka tgk drama Chinta tp to be honest aku pun tk berapa suka sgt ngan dia ni sbb byk sangat gosip dan crita2 panazzzz yg dia suka buat. Tp apa2 pun itu hak dia la kan.Sebagai manusia dan sebagai umat Islam. Kita harus tegur menegur antara satu sama lain andai antara kita ada buat salah ( aku ni pun tk lah perfecto mana sgt)......intai punya intai...jom kita share skit picture dia tgh berparty sakan sambut Holloween nite. Biasala kan...kalau ada si Fasha mesti ada Jejai....

Gelek jgn tk gelek.....


 Fasha dan ??? cuba teka




Pesanan khidmat masyarakat : Yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan. Lu pikir la sendiri

Wednesday, November 10, 2010

PHD - Perasaan Hasad Dengki

Perjalanan hidup kita ni tk seindah yg kita impikan.Mulut manusia mmg mcm tu.Kalau mulut tempayan aku sure dah tutup lama dah.Aku mmg la tk mau ambik peduli sgt cakap2 org ni tp kalau selalu sgt asyik dok hinggap kat aku mau juga terasa.Mungkin juga org tu tak faham sama ada aku ni dalam keadaan serius atau pun tgh bergurau.Tapi yg jelasnya aku dapat rasakan yg dia memang jeles kat aku pun.Aku tau dia akan selalu sibuk baca apa2 saja kat wall FB aku yg aku post dan yg aku komen.Ada juga org mcm ni kan.Dah tk da kerja la tu asyik dok jaga tepi kain org kain dia yg dah nak lusuh dan reput tu tk nampak pulak.Walaupun status aku sbgai mak Jannzzz (pinjam ayat kak Jumie) jgn la slalu anggap aku ni berperangai buruk mcm tu.Ingat manusia tak pernah sempurna.So, satu ja ayat aku utk org yg suka sgt dok menyibuk pasal hidup aku .Hang tu dah cukup perfect ka yg dok busy body pasal org.....