Thursday, October 28, 2010

Cuti-cuti Malaysia - Genting --> KL

Hari ni balik dari kerja dah jumpa dgn Sue and Fiza. Mula2 plan nak beli kasut dan apa2 yg patut nak bawa utk perjalanan kami hari Jumaat ni.Esok (Khamis) konon2 nya kami jadi budak baik la kan duduk rumah tk kluar mana2.Sbb hari Jumaat tu dah nak mengediks....sukanya. Bestnya Sue ngan Fiza dah beli handphone baru.....nak tahu handphone apa....tgk kat bawah ni.Amboi diorang ni semuanya baru.

Ni la handphone baru Fiza - Nokia C3

Sabar....bkn Fiza ja ada handphone baru. Cik Sue Diana kita pun ada handphone baru. Ni yg buat I jeles ni...aku tgh excited yg teramat sgt nak beli cik Berry 3G Curve....harganya berbaloi la juga..so skrg kita tgk handphone Sue plak ye.....


Ni la handphone baru Sue -Nokia E5

So,lepas dah beli apa yg dihajati kami pun singgah makan jap kat Georgetown White Cofee. Perut aku yg dah tk tahan menahan lapar disebabkan mogok nak makan lunch....hahahha....doakan semoga kami selamat pergi dan selamat pulang....Amin



Friday, October 22, 2010

My Princess Admitted!!

Hari ni dah masuk hari ke-5 my princess demam dan ulcer mulut yg agak teruk. Teruk sampai dah 3 hari tak makan,asyik minum saja.Sebagai seorang ibu mesti aku rasa resah dan gelisah bila tgk satu2 nya insan yg slalu menceriakan aku hari ni letih tk bermaya. So,aku buat keputusan utk check up kat hospital. Semalam dah buat blood test tp platet dia agak rendah.Doktor cadangkan sekali lagi ujian darah dibuat pada hari ni. Ni la first time my princess kena cucuk ambik darah selepas dia kenal erti sakit. Ya Allah,hanya DIA yg tahu mcm mana aku cuba bertahan utk lihat anak aku yg menahan kesakitan.Tambah2 dia masih kecil.Seperti yg dijanjikan hari ni aku kena buat ujian darah sekali lagi.Bacaan agak memberansangkan tapi doktor nasihatkan supaya admit memandangkan dia dah tk makan selama 3 hari.Sekali lagi perasaan aku diuji masa diorg nak masuk kan jarum utk drip.Aku pernah rasai dulu mmg agak menyakitkan. Selama 20min dia menjerit menahan kesakitan dan akhirnya dia kluar dgn tangan yg berbalut.

 Ni la tangan yg dah dimasukkan jarum utk drip

Aku menangis lagi. Beginilah perasaan seorang ibu apabila anak dia dlm kesakitan. Aku bernasib baik sbb dia hanya sakit biasa. Bagaimana dgn ibu2 lain di luar sana yg anak2 mereka berpenyakit kronik. Wayar2 penuh menjalar ditubuh. Aku bersyukur dikurniakan seorang anak yg comel dan kesihatan yg baik padanya hingga ke saat ini. Mulai malam ni aku kena bermalam di wad bersama2 my princess. Hopefully she will get well soon. Nak tgk dia kembali sihat dan hari2 aku diceriakan oleh rungutan,rengekkan dan ketawa si dia. Aku terlalu menyayanginya. Kepada Siti Nur Erriesya Azizly, ketahui yg mama sangat sayangkan kamu. 

 Ni la my princess yg keletihan

Tuesday, October 19, 2010

Makan-makan dan Sesi Memujuk

Hari ni balik keja je dah buat blind date dgn kawan2 utk makan steak kat Tg Bungah. So,seperti dijanjikan tepat pukul 5.50pm aku dah siap tunggu Cik Sue dan Cik Fizah kat tempat yg dijanjikan.So,fetch both of them utk pick Eija plak. Ni kononnya sesi memujuk buat Eija la sbb dia tk dapat nak join we olls utk trip mengediks ke Genting next week. Pada mulanya mmg kami 4 serangkai excited gila nak bercuti kat sana.Tapi memandangkan Pn Eija kita dah berbadan dua dan anak sulong pulak tu.Kami sepakat utk tk benarkan dia ikut sekali.Atas faktor keselamatan sbb masih baru...harap Eija tk marah dan tk kecil hati.


Nie la kawan2 baru aku dari sebelah kiri Sue,Fizah & Eija

Tapi kami dah janji nanti lepas keadaan dah stabil maksudnya Eija dah kuat sikit kami plan nak naik Star Cruise jalan2....so Eija jgn sedih ok.Jgn stress2 sbb bakal jadi ibu. Apa2 pun tahniah sbb berbadan dua semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk Eija ok....so kami terpaksa lah mencari seseorang utk mengantikan tempat Eija memandangkan duit hotel dah pun buat bayaran. Jeng,jeng,jeng.....siapakah yg bakal menjadi pengganti tempat tersebut....jgn lupa ikuti sambungan nya dalam entry yg akan datang.....

Sunday, October 17, 2010

Sayangi Ibu Selagi Ada!!

Baru je lepas tgk drama kat TV3, "Berdosakah Aku" merupakan kisah benar. Aku memang suka tgk drama2 hasil Sheila Rusly dan Jinggo nie sebab msg yg nak dismpaikan memang betul2 menusuk kelambu eh kalbu.Kalau tgk ja drama2 mcm ni confirm bercucuran air mata aku ni sampai kadang teresak-esak dibuatnya. Kepada semua kawan2 dan sahabat yg masih ada ibu tu sayangi lah mereka ketika masih ada kesempatan.Aku faham kadang2 memang kita ni akan rasa sakit hati ,sakit telinga dan segala-galanya lah kan bila dengar mak kita ni berleter.Tp bila difikir2 kan balik tu semua utk kebaikan.Dulu aku pun suka jg menjawab segala leteran mak aku.Tp skrg ni aku ambik pendekatan utk jadi "pekak badak" korang tau kan pepatah melayu tu...bukan aku ni bertukar jadi badak pula...hahahha....baca la sikit nota ringkas yg ada ni ye utk renungan kita bersama........

Berapa ramai yg sanggup meyuapkan ibunya...
Berapa ramai yg sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yg sanggup menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yg sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yg sanggup membuang ulat & mencuci luka ibunya...
Berapa ramai yg sanggup berhenti kerja utk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramaikah yg sembahyankan jenazah ibunya...

Seorang ank medapatkan ibunyayg sedan sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangannya di apron dan menyambut kertas yg dihulurkan si anak lalu membaca.

Kos upah membantu ibu :-
1. Tolong pergi kedia =RM4
2. Tolong jaga adik = RM4
3. Tolong buang sampah = RM1
4. Tolong kemas bilik = RM2
5. Tolong siram bunga = RM3
6. Tolong sapu sampah = RM3
Jumlah = RM17

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar2 di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis dibelakang kertas yg sama:-

1. Kos mengandungkanmu 9 bulan = PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
3. Kos air mata yg menitis keranamu = PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
5. Kos menjaga makan,minum,pakaian dan keperluanmu = PERCUMA
Jumlah keseluruhan KASIH SAYANGKU = PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yg telah dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap dan memeluk ibu sambil berkata :-
"Saya Sayangkan Ibu" kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yg sama.

Begitulah kasihnya seorang ibu pada anaknya.Jgn abaikan tanggugjawab seorang anak. Sayangi ibu anda sebaik mungkin.

Saturday, October 16, 2010

Khasiat Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK.

Friday, October 15, 2010

Salam Sejahtera / Assalamuallaikum

Salam 1 Malaysia, mcm yg semua org dok bangga2 kan.Aku pun bangga sebab dilahirkan sebagai warga negara Malaysia. Disebabkan kegilaan membaca blog2 yg sedia ada.Aku pun teringin jg nak ada blog sendiri. Boleh la hari2 aku ni terisi dgn cerita2 yg menarik yg terjadi dlm hidup aku sebagai seorang manusia,ibu tunggal,kawan dan kekasih...oppsss terlebih sudah....sbb aku belum berpunya....