Sunday, October 17, 2010

Sayangi Ibu Selagi Ada!!

Baru je lepas tgk drama kat TV3, "Berdosakah Aku" merupakan kisah benar. Aku memang suka tgk drama2 hasil Sheila Rusly dan Jinggo nie sebab msg yg nak dismpaikan memang betul2 menusuk kelambu eh kalbu.Kalau tgk ja drama2 mcm ni confirm bercucuran air mata aku ni sampai kadang teresak-esak dibuatnya. Kepada semua kawan2 dan sahabat yg masih ada ibu tu sayangi lah mereka ketika masih ada kesempatan.Aku faham kadang2 memang kita ni akan rasa sakit hati ,sakit telinga dan segala-galanya lah kan bila dengar mak kita ni berleter.Tp bila difikir2 kan balik tu semua utk kebaikan.Dulu aku pun suka jg menjawab segala leteran mak aku.Tp skrg ni aku ambik pendekatan utk jadi "pekak badak" korang tau kan pepatah melayu tu...bukan aku ni bertukar jadi badak pula...hahahha....baca la sikit nota ringkas yg ada ni ye utk renungan kita bersama........

Berapa ramai yg sanggup meyuapkan ibunya...
Berapa ramai yg sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yg sanggup menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yg sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yg sanggup membuang ulat & mencuci luka ibunya...
Berapa ramai yg sanggup berhenti kerja utk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramaikah yg sembahyankan jenazah ibunya...

Seorang ank medapatkan ibunyayg sedan sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangannya di apron dan menyambut kertas yg dihulurkan si anak lalu membaca.

Kos upah membantu ibu :-
1. Tolong pergi kedia =RM4
2. Tolong jaga adik = RM4
3. Tolong buang sampah = RM1
4. Tolong kemas bilik = RM2
5. Tolong siram bunga = RM3
6. Tolong sapu sampah = RM3
Jumlah = RM17

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar2 di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis dibelakang kertas yg sama:-

1. Kos mengandungkanmu 9 bulan = PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
3. Kos air mata yg menitis keranamu = PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
5. Kos menjaga makan,minum,pakaian dan keperluanmu = PERCUMA
Jumlah keseluruhan KASIH SAYANGKU = PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yg telah dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap dan memeluk ibu sambil berkata :-
"Saya Sayangkan Ibu" kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yg sama.

Begitulah kasihnya seorang ibu pada anaknya.Jgn abaikan tanggugjawab seorang anak. Sayangi ibu anda sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment