Friday, October 22, 2010

My Princess Admitted!!

Hari ni dah masuk hari ke-5 my princess demam dan ulcer mulut yg agak teruk. Teruk sampai dah 3 hari tak makan,asyik minum saja.Sebagai seorang ibu mesti aku rasa resah dan gelisah bila tgk satu2 nya insan yg slalu menceriakan aku hari ni letih tk bermaya. So,aku buat keputusan utk check up kat hospital. Semalam dah buat blood test tp platet dia agak rendah.Doktor cadangkan sekali lagi ujian darah dibuat pada hari ni. Ni la first time my princess kena cucuk ambik darah selepas dia kenal erti sakit. Ya Allah,hanya DIA yg tahu mcm mana aku cuba bertahan utk lihat anak aku yg menahan kesakitan.Tambah2 dia masih kecil.Seperti yg dijanjikan hari ni aku kena buat ujian darah sekali lagi.Bacaan agak memberansangkan tapi doktor nasihatkan supaya admit memandangkan dia dah tk makan selama 3 hari.Sekali lagi perasaan aku diuji masa diorg nak masuk kan jarum utk drip.Aku pernah rasai dulu mmg agak menyakitkan. Selama 20min dia menjerit menahan kesakitan dan akhirnya dia kluar dgn tangan yg berbalut.

 Ni la tangan yg dah dimasukkan jarum utk drip

Aku menangis lagi. Beginilah perasaan seorang ibu apabila anak dia dlm kesakitan. Aku bernasib baik sbb dia hanya sakit biasa. Bagaimana dgn ibu2 lain di luar sana yg anak2 mereka berpenyakit kronik. Wayar2 penuh menjalar ditubuh. Aku bersyukur dikurniakan seorang anak yg comel dan kesihatan yg baik padanya hingga ke saat ini. Mulai malam ni aku kena bermalam di wad bersama2 my princess. Hopefully she will get well soon. Nak tgk dia kembali sihat dan hari2 aku diceriakan oleh rungutan,rengekkan dan ketawa si dia. Aku terlalu menyayanginya. Kepada Siti Nur Erriesya Azizly, ketahui yg mama sangat sayangkan kamu. 

 Ni la my princess yg keletihan

No comments:

Post a Comment