Tuesday, April 17, 2012

Happy 5th Birthday to Little Princess

17 April 2012 , 11.06am - Genap sudah usia anak mama yg ke 5 tahun. Cepat benar masa berlalu sbb masih terasa mcm mana kepayahan masa mengandungkan kakak(nama yg dibahasakan pada dia). Saat disahkan mengandung dan sampai ke usia 2bulan semuanya berjalan dgn lancar. Tapi memasuki bulan ke 2 mama alami "treatened abortion". Tiba² pukul 5pagi mama tumpah darah. Keadaan panik wlaupun bekerja kat medical company tapi bila jadi kat diri sendiri tak tau nak buat apa.Call nurse yg on duty then advise utk pi hospital (padahal bkn tak tau kena pi hospital).Sah² la kan kena tahan wad dlm 3hari mcm tu. Masa 1st check tu mmg berdebar² sbb nak tgk scan jantung masih berdenyut tak (cuak gila time ni). Alhamdulillah, kandungan tak apa² tapi terpaksa ditahan diwad buat sementara waktu for further check up. Lepas keluar wad mama kena lebih hati² sebab takut kalau lakukan pergerakan yg extreme nanti apa² jadi pada kakak. Doktor siap bg takut lagi ckp "Puan dibenarkan balik tp kena hati², kalau² nampak kepala baby kluar terus dtg hospital" ada ka patut ckp mcm tu. Lagi la takut.......Masa awal trimester memang mama mengalami alahan yg teruk sesangat. Makan je muntah smpai perut tak boleh terima apa² langsung. Esoknya pagi nak pergi keja terus pengsan (hahaha...lawak betui aku time ni). Demi anak mama biar sesusah mana pun akan mama tempuh. Dipendekkan cerita sepanjang mengandungkan kakak hospital tu mmg rumah ke 2... hehehe..sampai doktor ckp dlm nada gurauan "Lepas ni you masuk lagi I nak tgk you beranak saja". Mama start sakit hari Isnin (16 april) pkl 6am. Bila check baru je buka 1cm. Tapi disebabkan 1st baby dan excited sgt dah kelam kabut suruh bawa brg² baby smua ke wad. Tunggu dan tunggu pkl 5pm, masih lagi 1cm. Tunggu lagi pkl 9mlm masih lagi 1cm. Time tu sakit dah makin kerap sampai nak jalan pun tak boleh. Last sekali nurse bagi ubat tahan sakit sempat la terlelap utk setengah jam sebab mmg dah tak tidur seharian. Bangun tidur tu tiba² tgk dah ada tanda turun (darah). Lebih kurang pukul 5pagi.Bila check lagi bukaan dah 5cm. Nurse dah tolak masuk labour room. Time ni berbunga² dah sbb igt dah boleh beranak (al maklumlah 1st time baby). Rupanya sangkaan mama silap lagi. Masuk dlm labour room kena tunggu bukaan smpai 8cm. Tapi time ni mmg dah tak boleh tahan.Perasaan dia mcm org yg dah sakit perut seminggu tak membuang dan tetiba dah rasa dihujung² tapi disuruh tahan. Disuruh mengiring dan tahan....huhuhu. Sakitnya bukan kepalang. Bilik yg berhawa dingin dah rasa mcm sauna. At last doktor pun dtg dan check lagi. Air ketuban tak pecah then dia pecahkan. Mmg dapat rasa mcm air kluar dan suam² mcm tu. tapi still belum fully buka 8cm. Mama dah tk boleh tahan sampai terpeluk nurse yg jaga time tu. Akhirnya masa utk meneran dah sampai. Yg bestnya ramai nurse juga lebih kurang 4,5 org dah jadi mcm pompom girl plak sorak suruh push...push. Setelah melakukan 3 kali percubaan akhirnya terasa meluncur dgn lajunya.Segala kesakitan yg dirasai sebelum bersalin tiba² hilang serta merta. Itulah kuasa Tuhan. If diberi pilihan bersalin secara normal atau pun operation lebih memilih secara normal sebab sakitnya sekejap saja. Nurse pun meletakkan my new born baby atas dada.Tiba-tiba mengalir air mata kegembiraan tanpa disedari.Yg bestmya baby lain kluar nangis dulu tp kakak bersin dulu....hehehe....kenangan manis buat mama. Semoga kakak hargai segala pengorbanan dan susah payah mama membesarkan kakak.Jadilah anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. I Love You .... Siti Nur Erriesya Azizly


Sayang anak mama

2 comments:

  1. Happy Besday to U Kakak.. semoga besar nanti Kakak tu jadi anak yg baik & tak lupa jasa orang tua.. kite pun baru je last week tambah lg 1 tahun.. Orang bulan April ni Comel2 tau.. Huhu

    ReplyDelete
  2. TQ baby comel...aa bln april mmg comel + bijak :)

    ReplyDelete