Friday, May 20, 2011

Ombak Rindu by Fauziah Ashari

"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yg kematian org tua mereka akibat kemalangan jalan raya.Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dai telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas perminttan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan iaitu model dan pelakon terkenal tanahair mengugat cinta Izzah yg mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran org lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

No comments:

Post a Comment