Tuesday, February 22, 2011

Sinopsis Novel "Adam & Hawa"

Lately ni aku suka sangat baca novel.Actually dari zaman sekolah lagi tapi bila dah start bekerja ni mcm tak ada masa pulak nak membaca.Tapi disebabkan skrg ni aku tak tau nak buat apa.Tiap2 minggu asyik berjalan.Better baca novel lagi best. Yg sempoinya bila aku baca apa saja novel aku akan terbawa2 dan rasa mcm aku plak dalam kisah tu.Kadang2 sampai menangis pun ada juga.....the latest aku baca novel pasal Adam & Hawa.....sinopsis as below:-
"Ain  Hawani,zaman solonya ternoktah pada usia remaja.Hanya kerana silap perhitungan timbiul prasangka buruk menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula membisu seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dlm paksa tanpa rela.
 Sayangnya hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya.Ah...Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah 8thn pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung..........

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8thn lagi. Kerana Hawa sudah tercipta utk Adam....

*Cuba baca novel ni...mmg best giler. Alangkah indah andai ada seorang lelaki yg betul2 setia pada cintanya.Yang sanggup berbuat apa saja utk isteri tercinta dan sanggup mengubah hidupnya utk yg tersayang.....Masihkah ada lagi inssan seperti Adam Mukhriz??

No comments:

Post a Comment