Monday, August 27, 2012

Syawal 1433Hijrah

Hari ni dah mula bekerja....meh layan gambar2 time raya hari tu.Dah upload kat Fb tapi sbb tak tau nak tulis apa jom layan gambar


Maaf zahir & batin, halalkan makan dan minum 




Ciuman penuh kasih sayang dr suami..terharu


Picture ni ikutkan bertiga...hehehe..baby dlm perut 19weeks

2 insan paling indah dlm hidup ini...I love them so much

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433Hijrah

Assalamuallaikum, hari ni dah masuk hari ke 4 Syawal. Dah terpaksa memulakan tugas utk sehari je lepas tu sambung cuti lagi sampai weekends. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada salah silap atau terkasar bahasa dan penulisan.Semoga Syawal ini memberi 1001 makna buat anda sekeluarga.


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433H

20 Julai 2012 bersamaan 30 Syabaan 1433Hijrah. Bermaksud esok bermulanya 1 Ramadhan 1433H, alhamdulillah masih dapat menyambut ramadhan lagi utk tahun ni. Malam ni jangan pula dilupa utk mengerjakan solat sunat terawih semua asyik sibuk nak prepare utk berpuasa ja esok.Tahun ni beraya sebagai isteri org sudah...ditambah pula berbadan dua. Terima kasih ya Allah sebab masih diberi kesempatan merasai semua ini. Sempena ramadhan ni penulis blog yg cun melecun dan berseri² sebab ibu mengandungkan org kata berseri...(perasan jap) ingin memohon maaf andai ada salah silap dari segi perbuatan atau juga penulisa. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Friday, July 13, 2012

Cuti-cuti Malaysia ~ Hadyai, Thailand

Sebenarnya dah terperuk lama dah dlm draft citer ni.Hari ni bila ada kelapangan tetiba rasa rajin la pulak nak update blog.Check² balik ada lagi entry yg tk publish.Walaupun dah basi tapi tetap nak share juga. Holiday ni masa bulan March hari tu.Al maklumlah tak pernah pergi jalan² sejauh ni. Bila dapat buku merah terus teruja nak pergi bercuti + pre honeymoon with en husband...Sepatutnya 3 hari je pegi sana tapi disebabkan ke b*d*h pihak travel agent kami merempat di negara org....sedih gila time tu bila tk dapat balik.Dah la rushing tunggu van utk pick up masa nak balik.Tunggu punya tunggu smpai 4jam bayang pun tak muncul. Handphone tak berfungsi.Dah la no phone no semuanya asyik cari nama (mesti semua org mcm tu skrg ni) melalui handphone dah tentu lah tak ingat + call Malaysia punya la mahal (seminit RM3). Tension!!! tapi disebabkan ada en husband terus hilang segala kemarahan.... layan gambar je la

Pandangan bandar Hadyai

Muka fresh gila sbb baru sampai     




Udang besar ni mmg byk jual kat sana.Harga 200bath = RM20 seekor.Gila mahal!

Gerai yg ada tanda HALAL je boleh makan...take note ye :)

En husband yg excited naik tut tut...tgk dia punya senyum..hehe





Ice Dome Hadyai... langkah kanan sungguh

Perasan jadi mcm model jap...

Okay masa utk pulang...dah² cukup smpai sini ye

Banyak lagi picture tapi tk nak la nanti korang semua rasa nak muntah tgk gambar aku yang gila berposing...that why aku memonopoli semua picture diatas...en husband sebagai cameraman.... kalau siapa yg dok kepo² tgk picture² ni jgn makan hati okay...cause I know akan ada org yg suka intai² pasai aku (rasa mcm retis la plak...)

Friday, July 6, 2012

Hati Berbunga² Riang - 4th Baby Scan

Hari ni checkup for 4 month. Alhamdulillah semuanya sihat. Baby plak membesar dengan sihat dan jayanya. Last month check up cuma nampak kecik je tp dah nampak jantung berdenyut. Tak sangka hari ni scan dah nampak kepala,tangan dan kaki. Masa doctor scan plak boleh nampak baby tengah menendang². Papa senyum ja tgk anak dia yg noty dlm perut mummy. Semoga semuanya sihat dan selamat sehingga 9bulan 10hari. Bila tgk scan mula la rasa tak sabar nak timang baby.....dipermudahkan dan dilindugi Allah selalu. Amin



Wednesday, June 20, 2012

Almost 3 month Pregnancy

Lamanya tak update blog.Sorrylah sebab ibu mengandung ni mengalami alahan yang sangat teruk.Kerja pun kadang² pi kerja kadang² tu terbaring kat rumah.Pening,muntah dan letih semua ada.Nasib baik ada suami yang memahami.Banyak membantu menguruskan segala-galanya.Terima kasih sayang.Demi anak kita...hehehe. Alhamdulillah sekarang ni dah nak masuk 2ns trimester segala alahan tu dah berkurangan.Tapi lepas ni sure sibuk sikit sebab dah mula jadi wedding planner my new business.Semoga dimurahkan rezeki for our new baby.Sekarang ni sibuk survey² barangan baby. Semuanya memerlukan duit so kenalah buat perancangan awal supaya tak over spend dan beli barang² yang tak diperlukan....