Tuesday, May 8, 2012

Terima Kasih Tuhan - I'm pregnant

6 Mei 2012 - Alhamdulillah, akhirnya doa telah dimakbulkan oleh Nya. Syukur sangat² sebab masih diberi kesempatan untuk merasainya kali ke 2. First time was 5 years ago. Untuk 2nd pregnancy memang sangat² mengujakan sebab ini hadiah paling bermakna utk birthday yg ke 27thn lagi 4 hari. At first macam tak percaya bila buat test sendiri then 2 line come out. Oh!! adakah ini mimpi...cuba ingat balik mmg aku di alam realiti. Happy sesangat sampai mengalirkan air mata. Wlaupun en suami tiada disisi kerana menunaikan umrah. Tapi berkat doa dia di sana kami mendapat hadiah yg tak ternilai ini. Memang tak expect this soon sebab baru stop my OCP (Oral Conception Pills) selalunya lepas 3 or 6 bulan baru boleh lekat. Tapi alhamdulillah.... tiada yang mustahil "Kun Fa Ya Kun".Bila kita selalu berdoa dan mengadu kepada Nya.Kita akan selalu berasa dekat.So, bila dah tau memang positive pregnant (4weeks)cepat² sepantas kilat message to en suami. At first dia mcm tak percaya. Tapi bila diyakinkan....dia mmg bersyukur sangat². Terus teruja nak balik Malaysia... dijangka maybe 12 Mei baru sampai Malaysia.Saat-saat mcm ni memang terus teringat pada en suami. Kalau dia ada masa buat test ni sure akan dapat hadiah pelukan dari insan bernama suami. I miss him so much. Apa-apa pun yang penting kesihatan kami berdua (mama+baby) yg perlu diutamakan.Harap this 2nd pregnancy tak da alahan² yg teruk mcm sebelum ni. This time nak rasa jadi pregnant women with 100%. Dah start minum susu Anmum Materna....mcm² nak buat this time. Semoga dipermudahkan Allah. Terima kasih pada semua yg selalu mendoakan.Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menganiaya umatnya.



Make Up Sanding - Kepala Batas

Last weekend ada satu lagi job utk make up penganting di Kepala Batas. This time pergi sorang² dan sangat terer nya sebab dapat cari rumah pengantin wlaupun 2 kali tersesat..haahahha.... terima kasih kepada Nurfarhana kerana kepercayaan yang telah diberikan....


Thursday, May 3, 2012

Kenduri Di Baling & Me as Mak Andam

1 Mei hari tu sememangnya semua orang cuti umum sempena Hari Pekerja. Disebabkan akulah bos akulah pekerja so memang tkda cutilah kan . Mula² Sue ni dah booked aku untuk tarikh 30 April & 1 Mei tapi disebabkan hal² yang tak dapat dielakkan.Aku cuma boleh make up kan dia untuk majlis bersanding dia. Sorry Sue.... layan je la picture dia ye..Jangan lupa follow blog ni sz inspirasi impian . Alhamdulillah, impian nak jadi sebagai wedding planner berjaya juga. Nantikan hasil dari SZII.

 


 
Biasalah kalau tak posing sama dgn pengantin tak sah


Wednesday, May 2, 2012

Kerinduan Ini

2 Mei - Hari ni dah masuk 6 hari ketiadaan suami di sisi. Rindu pada suami tak perlulah nak dihuraikan sebab hati seorang ister yg benar² menyintai suami dia pasti akan tahu mcm mana. Di tambah pula apabila si suami sgt² menyintai si isteri ( selama 13thn dipendam perasaan cinta itu). Sebelum ni dia memang akan update segala aktiviti sepanjang kat sana. Tapi semalam dah bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah selama 8 hari. Tersentuh hati ini saat suami memohon maaf, air mata tetiba turun dgn lajunya. Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan selama di Tanah Suci. Ya Allah, lindungilah dan permudahkanlah segala ibadah suamiku di sana. Saat dia mengatakan bahawa aku isteri yg amat disenangi di mata dia....bertambah sedih lagi. Terima kasih juga sebab jadi seorang suami yg bertanggungjawab dan sangat penyayang. Kasih sayangmu tiada penganti dengan mana² lelaki lain. En suami awaklah anugerah yang terindah dalam hidup saya.....semoga kebahagiaan ini terus subur dan disirami dengan penuh kasih sayang... I LOVE YOU & MISS YOU .....


Salam dari Malaysia,
Dari isteri tersayang....

Friday, April 27, 2012

Gonna Miss Him A Lot!!

Hari ni my sayang dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kalinya. Seawal pukul 6am naik flight transit kat KL. Tiba² flight sana delay pula sampai pukul 4.30pm. Takpe dugaan.... janji selamat sampai sudah.Ni kiranya 1st time berjauhan paling lama dgn my sayang.Oh rindunya (wlaupun sebenarnya hari² kami rindu).Mula-mula tak nak sedih tapi mata yg sepet ni tak pandai menipu. Bila salam cium tangan minta ampun dan maaf,halalkan makan minum terus dgn laju air mata ni turun. Kan dah ckp mmg tak pandai menipu pun.Bukan senang nak ke Tanah Suci, even duit banyak pun kalau serunya tak datang tak jadi juga.Happy for you sayang. Wlaupun kali ni birthday Ayg abg takda utk sambut bersama tp ni lah hadiah yg paling bermakna buat Ayg sbb abg janji nak doakan Ayg dari sana. Semoga Ayg jadi isteri yg solehah,ibu yang penyayang utk anak² kita.Kasih sayang abg terlalu banyak sampai Ayg rasa terlalu bahagia (harap kebahagiaan ini berterusan).Walaupun apa pandangan masyarakat pada kita yg penting pandangan Allah yg utama.Tgh tulis entry ni pun air mata dah bergenang.Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana.Terima kasih juga sbb smalam nyanyi lagu birthday in advance....touching gila time abg nyanyi tu (wlaupun pitching ke laut) hehehehe....


Tuesday, April 24, 2012

Mekah Al-Mukaramah

Sob....sob.... (happy pun ada juga) lagi 1 hari je lagi my hubby nak menunaikan umrah. Alhamdulillah, rezeki dia utk sampai ke sana dulu. Niat untuk pergi Mekah memang ada tapi mungkin belum sampai waktunya lagi. Dah pula sekarang ni nak start dengan business lagi. Semakin sibuk la nampaknya. Semoga selamat pergi dan kembali Sayang. Jangan lupa doakan kebahagiaan kita kekal buat selamanya bersama anak² yang comel (blushing). Nanti nak start menabung untuk menunaikan haji sebab skrg ni kerajaan dah bagi buat keluaran untuk haji dari EPF.

Subhanallah....

Thursday, April 19, 2012

Happy Birthday Buat Suami Tercinta

19 April , 10.40am - Dilahirkanlah seorang insan yg kini bertakhta dihati.... Selamat Hari Lahir Sayang. Yesterday night we have fun together for both of us... Maaf dipinta sebab buat suprise sampai Abg sakit kepala memikirkan...but??? pandai tak ayg berlakon.Doa semoga panjang umur,murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. Nothing much to share because let it be our secret together. As long as we know that we happy with our current life and enjoy all the time together.


~Thanks for being there for me when I am down and when I need someone everytime~